Followers

Sunday, January 15, 2012

Chong Wei buru angka kelapan

DALAM tempoh seminggu, kekebalan Tembok Besar China ‘runtuh’ buat kali kedua, semalam - semuanya dek kerana kehebatan dan kebangkitan dramatik jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei!

Selepas membenam musuh ketat, Lin Dan di final Terbuka Korea minggu lalu, Chong Wei membuktikan dirinya sudah kembali ke prestasi sebenar - kali ini menumbangkan pemain perseorangan kedua China, Chen Long di separuh akhir Terbuka Malaysia.
Kemenangan 21-18, 17-21, 21-13 ke atas pemain nombor tiga dunia itu menyaksikan dia hanya selangkah lagi mengabadikan namanya sebaris dengan legenda Wong Peng Soon sebagai pemenang lapan kejuaraan Terbuka Malaysia yang diperkenalkan sejak 1937 dan di landasan tepat memenangi kejuaraan kedua, tahun ini.

LEE Chong Wei selepas mengalahkan Chen Long pada
 separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka
 Malaysia Maybank, semalam. - Foto Yazit Razali








“Saya tidak fikir apa-apa lagi ketika ketinggalan 4-8 pada set ketiga, sebaliknya menukar strategi dengan menyerang bagi mematikan bulu tangkis dan akhirnya ia berhasil apabila saya mengutip tujuh mata berturut-turut untuk mendahului 11-8.


“Selepas itu, saya yakin kemenangan akan berpihak kepada saya, apa lagi dengan sokongan padu penyokong. Saya begitu teruja dan saya rasa jika tanpa sokongan mereka, semangat saya sudah tentu pudar,” katanya. 

Halangan terakhir yang menanti pemenang Terbuka Malaysia 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010 dan 2011 di final hari ini adalah pemain Jepun, Kenichi Tago.

Lawan berusia 23 tahun itu mara selepas rakan senegara Chen Long, Chen Jin menarik diri akibat cedera kaki pada kedudukan 3-2 set pertama dalam satu lagi pertembungan separuh akhir. 
Apapun, Tago akur tugas berat menantinya, apa lagi Chong Wei beraksi di laman sendiri, tetapi berjanji akan cuba melakukan kejutan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...